Oleh : Faizah Arbain
15 Februari 2022
SANDAKAN : PAS Sandakan telah turun menyantuni para asnaf di 2 buah kampung, iaitu kampung Sim-Sim dan kampung Batu 2.
Beberapa pek edaran bekalan makanan berjaya diedar dua hari lalu kepada asnaf yang telah di kenal pasti terlebih dahulu.
Program sumbangan ini di ketuai oleh Ketua Muslimat Sandakan, Ummu Syifa.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ummu Syifaβ sangat berterima kasih pada orang ramai yang menyumbang kepada PAS Sandakan, sehingga mampu untuk menjana program sumbangan asnaf ini secara berkala setiap bulan.
Katanya lagi, βsemoga bekalan ini dapat membantu asnaf yang sangat memerlukanβ, ulasnya lagi, PAS Sandakan masih memerlukan sumbangan orang ramai, bagi memastikan nasib asnaf terbela.
Turut bersama dalam agihan ini ialah ketua Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan PAS Sandakan, saudara Hadjabal Abu saini dan beberapa jawatankuasanya.