Home Berita PAS Pahang

DMP Pahang rancang aktiviti untuk capai visi dan misi

118
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

TEMERLOH, 15 Feb :: Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Pahang telah mengadakan retreat bagi menilai aktiviti yang lepas dan merancang aktiviti yang lebih berpotensi bagi mencapai visi dan misi Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Ketua DMP Pahang Ustazah Salamiah Mohd Nor dalam ucapan perasmiannya berkata “Retreat sangat penting untuk kita muhasabah dan menilai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan memfokus kepada aktiviti yang akan dilaksanakan selaras dengan visi DMP menerajui gerakan wanita yang memperjuangkan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat dan kedamaian negara untuk melaksanakan nilai-nilai Islam menuju keredhaan Allah SWT”.

Beliau menegaskan untuk melaksanakan visi tersebut, sangat perlu untuk melihat kembali kekuatan jentera dan merebut peluang yang ada dalam melaksanakam perancangan aktiviti-aktiviti.

“Untuk mencapai objektif program yang maksima, kita perlu mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi bila gerak kerja dilaksanakan.

“Kejayaan gerak kerja perlu berjalan dengan tersusun dan berstrategik dari semua lajnah yang terlibat,” ujar beliau lagi.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam akhir ucapan perasmiannya berharap agar segala perancangan yang telah disusun dapat memberi impak yang lebih baik kepada jemaah dan sasarannya.

Retreat ini diadakan bersama dengan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti yang juga merangkap Timbalan Ketua DMPM, Dr Rosni Adam dan Ahli Jawatankuasa Pemerkasaan Parti yang juga Pengerusi Perhubungan NGO DMPM Norazlin Shamsuddin di Hotel Seri Malysia Temerloh yang telah menghimpunkan semua Ketua Lajnah dan Setiausaha DMPN Pahang seramai 41orang.