Home Berita PAS Selangor

PAS Sabak Bernam buat laporan polis – PAS Kawasan Sabak Bernam

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sabak Bernam | Kebiadapan YB Lim Kit Siang membuat tafsiran sendiri berkaitan istilah “Kerajaan Allah” hasil tulisan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengundang rasa tidak senang dan bersifat prejudis.

Justeru itu, utk mengelakkan tafsiran beliau di akaun facebooknya terus mengelirukan org ramai, satu laporan polis telah di buat hari ini. Ust Muhammad Labib Abd Jalil selaku Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam hadir ke Balai Polis Sungai Besar untuk membuat laporan tersebut.

Tulisan sebenar Presiden PAS tersebut telah di salah tafsir dan boleh menimbulkan kekeliruan. Frasa tersebut adalah bersifat aqidah dan kepercayaan seorang muslim yang wajib dipegang. Namun ia telah dimanipulasi dan diselewengkan pengertiannya dengan niat yang jahat oleh beliau.

Selain itu, laporan polis terhadap kebiadapan YB Ronnie Liu dalam berhadapan dengan penjawat awam di Raub juga di buat. Walaupun beliau seorang wakil rakyat, tidak sewajarnya beliau menggunakan kedudukan untuk mempertikai dan mengganggu penjawat awam yang sedang melaksanakan tugasan.

Turut hadir bersama dalam laporan polis adalah Ust Razali Shaari yang merupakan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor