Home Berita PAS Selangor

PAS Klang cuba buat yang terbaik – PAS Kawasan Klang

29
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Ketika mana Selangor dikatakan sebagai Juara Kes Covid-19 bukan bermakna ianya menjadi satu kebanggaan tetapi ianya menjadi suatu kerisauan yang amat sangat kerana kumulatif kes positif Covid-19 masih lagi dalam 4 angka berbanding negeri-negeri lain.

Bila banyak kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor termasuk Klang (Mukim Klang dan Mukim Kapar). Secara umumnya akan berlakunya penambahan bilangan keluarga dan individu yang turut terjejas.

Justeru, PAS Kawasan Klang dengan kerjasama beberapa NGO di sini mengambil langkah yang proaktif untuk mencari dan menjejak mereka yang terlibat tanpa mengira apa jua latar belakang mereka sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Saudara Izam Awaluddin (Pengerusi KASEH) mewakili NGO-NGO lain seperti Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal yang bergiat aktif di sekitar kawasan Klang menerangkan sedikit sebanyak antara barangan keperluan harian yang akan dikumpulkan dan diserahkan kepada mereka yang terjejas semasa pandemik Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor