Home Berita PAS Selangor

Laporan polis terhadap isu Lim Kit Siang – DPPK Bangi

11
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and people sitting

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Laporan Polis Terhadap Lim Kit Siang : Jangan Biar DAP Menormalisasikan Permohonan Maaf Mengulangi Kesilapan

Bangi | Jangan dibiarkan DAP menormalisasikan permohonan maaf selepas membuat kesilapan yang menaikkan darah umat Islam. Lim Kit Siang sewajarnya bertanya dan fahami konteks yang ingin disampaikan sebelum membuat sesuatu kenyataan secara melulu.
Pemuda PAS Bangi menyatakan bantahan sekerasnya terhadap kenyataan Lim Kit Siang yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Pemuda PAS bersama PAS Kawasan Bangi telah membuat laporan polis terhadap kebiadapan Lim Kit Siang berikutan tulisan di akaun media sosialnya mengenai “Kerajaan Allah” yang menghina Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Bangi, Sdra Rosli Jusoh diiringi Ketua Pemuda PAS Kawasan Bangi, Sdra Nazir Helmi. Wahai umat Islam, adakah anda masih boleh bertahan dengan sikap anti Islam DAP sebegini?

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor