PAS Sabah Tanding 18 DUN
Oleh: Mohd Fadzil
Himpunan Hijau & Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 PAS bagi Negeri Sabah telah diadakan semalam bertempat di Restoren Riverview Kg. Selaud, Tuaran
Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
Majlis itu dihadiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PAS Sabah bakal bertanding di 8 Parlimen dan 18 Dun pada PRU 14 ini.
Kesemua Calon yang telah tersenarai merupakan kalangan mereka yang berpengaruh dan dikenali ramai di Negeri Sabah.
Menariknya, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin akan bertanding di P.173 Putatan.
Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah pula, Norsah Bongsu bakal berentap di N.44 Karamunting dan P.185 Batu Sapi
Tambahan pula, Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah Ustaz Mustaqim Aling akan bertanding di N.06 Tempasuk dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Hj Awang Laiman Ikin di P.169 Kota Belud.
Dalam masa yang sama, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling sendiri bakal merebut kerusi di Parlimen Tuaran
Sementara itu, N.07 Dun Kadamaian akan diwakili oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah, Satail Majungkat.
PAS Sabah mensasarkan bakal melahirkan anak sulong yang pertama di negeri itu jika diberi peluang untuk menang PRU 14 kali ini.