Home Berita PAS Pulau Pinang

UPU Transkrian Santuni Masyarakat India Nibong Tebal

1248
SHARE

OLEH NURAH MAISARAH

Nibong Tebal, 22 April 2018 Ahad: PAS Cawangan Dato’ Keramat melakar sejarah hari ini apabila majlis pelancaran Markaz UPU Transkrian dimeriahkan oleh masyarakat India setempat.

Program ini bertujuan mengumpulkan jentera PAS di sekitar UPU Transkrian bagi penyelaraskan kerja pilihan raya menjelang hari penamaan calon dan tempoh waktu berkempen.

Sambutan baik masyarakat bukan Islam di sini membuktikan kesungguhan PAS dalam menghormati dan meraikan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Kehadiran calon PAS bagi Parlimen P047 Nibong Tebal, Mohd Helmi Harun dan Calon DUN N21 Sg. Acheh, Nor Zamri Latiff atau lebih dikenali Zamri Roti Arab menyerikan lagi majlis.

Helmi Harun dalam ucapannya menyeru masyarakat India khususnya di Ladang Transkrian untuk memilih PAS sebagai pengganti pimpinan yang sedia ada di Nibong Tebal.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa manifesto yang dibawa oleh PAS bagi PRU 14 kali ini terutamanya penghapusan cukai GST yang membebani rakyat bawahan.

Majlis perasmian Markaz UPU Transkrian telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad.

Mohamad ketika ditanya berkata sokongan bukan Islam di Sg. Acheh diharap akan bertambah dan menjadi antara penyumbang  kepada kemenangan calon-calon yang dipertandingkan oleh PAS di sini kali ini.