REMBAU: PAS Kawasan Rembau prihatin terhadap nasib asnaf dan ibu tunggal. Justeru, dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan (YAMNS), telah diadakan satu program ziarah baru-baru ini di Flat PPR Seri Perdana, Paroi.
Yang Dipertua PAS Rembau, Mohamad Hassan Tamby telah menziarahi dua orang balu yang kematian suami di flat perumahan tersebut.
“Rojitah Yusof, 52, tidak dapat mewarisi pencen arwah suami. Rojitah mengalami masalah kesihatan serta pelbagai penyakit lain dan tidak dapat bekerja.Sekarang dalam proses permohonan bantuan asnaf Baitulmal.
“Manakala Rasimah Roslan, 58, mempunyai seorang anak yang masih bersekolah manakala seorang lagi mengalami masalah kesihatan dan kerap berhenti kerja. Rasimah merupakan penerima bantuan asnaf Baitulmal setiap bulan. Salah seorang anak yang bekerja tersebut menjadi sumber tempat bergantung selepas kematian suami.
Kedua-dua balu ini mempunyai anak yang telah dewasa dan telah bekerja tetapi tinggal berasingan di luar Negeri Sembilan,” kata Mohamad Hassan.