Home Berita PAS Perlis

Program Chef Cilik Rangsang Perkembangan Pelajar PASTI

1390
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Rangkaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Smart Aulad telah mengadakan Program Chef Cilik di Shala Pizza, Kangar pada 3 Oktober dan 5 Oktober baru-baru ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman baru dan merangsang psikomotor halus kanak-kanak melalui kaedah penyusunan ‘topping’ pizza.

Aktiviti berkenaan juga dapat mewujudkan perasaan daya saing di antara mereka dalam menghasilkan pizza yang paling unik.

“Melalui program ini, saya mengharapkan anak anak PASTI bukan saja mendapat pelajaran di dalam kelas malah dapat belajar secara tidak langsung di luar kelas,” kata Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abdul Jalil.

Program ini telah melibatkan 74 orang murid 6 tahun dari tujuh rangkaian PASTI Smart Aulad di seluruh Kawasan Kangar.

Ustaz Asrul berharap agar lebih ramai ibu bapa akan memberi kepercayaan kepada PASTI dalam mencorakkan generasi Al-Quran demi masa depan umat Islam.