Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan siap siaga hadapi PRU-15

52
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
26 Julai 2022

PUTATAN : Jentera Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPRP) PAS Kawasan Putatan telah dilancarkan sebagai persediaan bagi menghadapi PRU-15 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putatan di Raia Hotel Sembulan, Kota Kinabalu pada Ahad.

Yang Dipertua (YDP) PAS Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman menegaskan, ahli perlu menyusun gerak kerja secara teratur mengikut keadaan semasa untuk menguatkan jentera menghadapi PRU-15.

Beliau yang juga berucap dalam ucaptama YDP bertemakan ‘Bergerak ke Gerbang Jasa’ turut mengingatkan ahli agar terus menjaga kebajikan masyarakat setempat, sentiasa imarahkan masjid dan berusaha mendidik nilai Islam dalam kalangan masyarakat.

Dalam sesi perbahasan ucaptama YDP, perwakilan Dewan Pemuda PAS Putatan, Mohd Rijal Nasri, menyeru ahli agar dapat menyumbang masa dan tenaga bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

“Kita memerlukan lebih ramai petugas yang dapat membantu dalam persiapan pilihanraya, gerak kerja ketika ini bergerak seiring dengan peredaran masa, menuntut kemahiran ahli untuk digunakan dalam perang siber,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut turut dilancarkan dana PRU-15 Parlimen Putatan bagi kegunaan sepanjang PRU nanti.

Mesyuarat itu dihadiri oleh perwakilan daripada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan dan beberapa orang pemerhati.