Home Berita PAS Sabah

Ahli PAS istiqamah terima penghargaan

52
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
26 Julai 2022

PUTATAN : Ahli PAS yang masih istiqamah telah menerima penghargaan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putatan kali ke-22 di Raia Hotel, Kota Kinabalu pada Ahad lepas.

Seramai 2 orang ahli telah dipilih untuk menerima Anugerah Ahli Istiqamah berdasarkan kepada sumbangan yang berterusan kepada PAS.

Penerima pertama Ustazah Zuraidah Sulaiman, 66, berasal daripada Terengganu, kini menetap di Papar, beliau antara insan yang banyak berjasa dalam PASTI Negeri Sabah dan merupakan pengasas PASTI Sembulan, Kota Kinabalu.

Penerima anugerah kedua Cikgu Zaieddi Shahadan, 55, sekarang menetap di Tuaran. Sebelum ini memegang jawatan Yang Dipertua ke-2 PAS Putatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Bendahari PAS Sabah.

Selain itu, 3 anugerah lagi turut diberikan kepada ahli yang komited iaitu Anugerah Ahli Badar disandang oleh Nurhayati Sutekno dan Ahmad Faidhi Mawardi manakala Anugerah Khas pula dinobatkan kepada Sharul Afiq Shamsul.