Home Artikel PAS Terengganu

PAS Menjaga Kebajikan Ahli

409
SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- PAS menyedari hakikat bahawa dikalangan ahlinya dari peringkat akar umbi sehingga sampai ke peringkat tertinggi perlu dijaga kebajikan dengan memperkenalkan Skim Kifalah Ahli PAS.

Setiausaha Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ghazali Sulaiman berkata dengan skim berkenaan banyak faedah yang akan diperolehi oleh ahli melalui caruman tersebut.

“Ternyata melalui insiatif ini PAS sekali lagi terbukti menjaga kebajikan ahlinya disamping mengerakkan kerja kebajikan bagi menolong masyarakat diluar sana.

“Skim Kifalah Ahli PAS ini sedang giat dipromosikan di peringkat Negeri Terengganu, agar setiap ahli PAS di negeri Terengganu ini tidak melepaskan peluang daripada menikmati kebaikan yang bakal diperlolehi dengan melakukan caruman sebanyak RM 55 setahun,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun berkata demikian, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Felda Jerangau Tangki Air, Bukit Besi, baru-baru ini.

Katanya, skim berkenaan juga digunakan sebagai daya tarikan kepada masyarakat supaya berminat menjadi ahli PAS apabila menyedari akan usaha kebajikan dilakukan PAS.

“Dengan Skim PAS ini ianya membezakan PAS dengan parti politik yang lain, apabila menjanjikan manfaat kerana skim ini berperanan sebagai Skim Khairat Kematian dan Skim Perlindungan Kemalangan yang dimiliki oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKPP) dipengerusikan Dr. Rosni Adam.

“Dengan memberi perlindungan berbentuk kewangan kepada ahlinya ataupun kepada warisnya apabila berlaku kematian mahupun kemalangan,” ujarnya.

Justeru beliau berharap agar setiap ahli PAS tidak melepaskan peluang berkenaan.