Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Port Dickson edar Jalur Gemilang sempena kempen hari kemerdekaan ke 64

49
SHARE

Oleh FAKHRURAZI MOHAMAD YUSOF

PORT DICKSON, 28 Ogos : PAS Kawasan Port Dickson (PD) mengadakan program kempen mengedar Jalur Gemilang kepada warga PD  sempena menyambut kedatangan hari arinikemerdekaan negara Malaysia yang ke 64 hari ini.

Program yang bermula pada jam 3 petang itu dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan PD, Abdul Fatah Zakaria, Timbalan Yang Dipertua Ramli Ismail, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, wakil Dewan Pemuda serta wakil Dewan Muslimat PAS Kawasan PD.

Menurut Abdul Fatah, PAS memilih bandar Port Dickson yang berada di dalam DUN Sri Tanjung bagi aktiviti mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada orang ramai.

“Kempen mengedar dan seterusnya mengibarkan bendera Jalur Gemilang kepada semua lapisan masyarakat adalah satu usaha untuk membangkitkan semangat patriotik serta mampu menzahirkan kecintaan rakyat kepada tanah air memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, ” kata YDP Abdul Fatah.

Antara bahan yang turut diedarkan petang ini berupa “Hand Flag”, “Car Flag” dan juga pelitup muka, tambah beliau lagi.

Manakala Pengarah program, Mohamad Noor Rizal Ishak yang juga merupakan Pangarah Pilihanraya Parlimen Port Dickson (JPRP) mengharapkan kempen mengibarkan bendera tersebut mampu membangkitkan nilai jati diri masyarakat Port Dickson khasnya dan negara Malaysia amnya.

Katanya lagi, “Aktiviti mengibarkan bendera Jalur Gemilang juga diharapkan berjaya menyinari semula kesuraman suasana dalam masyarakat akibat pandemik Covid-19 yang melanda semenjak Februari tahun 2020 hingga kini.”

Sempena kedatangan tarikh 31 Ogos ini, YDP PAS PD itu menyeru kepada semua masyarakat bersama-sama berdoa agar negara kita bebas dari penularan wabak Covid-19.