Home Berita PAS Johor

PAS Pontian : Program Jom Naik Sekolah 2018

1487
SHARE

PONTIAN – Telah berlangsung Program Jom Naik Sekolah pada 23 Disember lalu, di Balai Islam Parit Markom, Benut.

Program yang bermula jam 8 hingga 11 pagi ini dihadiri oleh 56 orang penerima sumbangan serta ibu bapa masing-masing.

Sementara itu, sumbangan yang diberikan adalah berupa kupon untuk membeli barangan di koperasi sekolah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YDP PAS Pontian, En. Shamsudin Bin Jaafar, Pengerusi Jprd Benut, En. Mohd Amin Bin Sanusi, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian, Prof.Baharom Bin Mohammad , Ustaz Nurdin bin Hj Ayub Al-Hafiz, dan Saudara Firdaus Bin Jaffar, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Benut.

Program ini telah dianjurkan oleh PAR 164 Parlimen Pontian dan N53 Dun Benut dengan kerjasama HALWA Dun Benut serta Ameerah Pontian.