Home Artikel PAS Sarawak

PAS Petra Jaya Anjur Program Ibadah Korban

294
SHARE

Oleh : Wanee Doni

Kuching, 3 Ogos : PAS Petra Jaya telah menganjurkan program korban perdana pada 1 dan 2 Ogos bertempat di Dun Samariang dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK) PAS Sarawak dan PAS Pusat.

 

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya Morshidi Hassan, sebanyak sembilan ekor lembu telah dikorbankan hasil penyertaan ahli-ahli PAS Petra Jaya dan sumbangan lembu dari LKK Pas Pusat.

Daging korban tersebut telah diserahkan kepada 300 lebih keluarga asnaf justeru membuktikan PAS tidak berfokus pada politik semata-mata tetapi PAS juga menitikberat soal ibadah dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Turut hadir bersama Ketua Dewan Pemuda, Salim Sharif, Ketua Dewan Muslimat Habsah Bujang dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Petra Jaya serta penduduk setempat.

Langkah pematuhan SOP seperti sarana kerajaan tetap dilakukan oleh PAS Petra Jaya dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.