Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Permatang Pauh Ringankan Beban Mangsa Banjir

1447
SHARE

Pulau Pinang, Ahad – Pada hari Ahad yang lalu(12/11/2017) tepat pukul 3.30 petang PAS Kawasan Permatang Pauh turun ke Taman Guar Perahu memberikan sumbangan dan menyantuni mangsa banjir di sekitar Taman Guar Perahu.Lorong yang terlibat ialah Lorong 20,22,24,Jalan 4 dan 4 buah rumah kampung.

Rombongan ini diketuai Hj Amir Hamzah selaku Timbalan Pengarah bagi Unit Pasca Banjir PAS Kawasan Permatang Pauh.Rombongan ini juga diserikan dengan kehadiran Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang,Ustazah Hasnah Idris dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi. Hj Amir Hamzah dan Ustaz Afnan Hamimi merupakan penduduk tempatan di Taman ini.

Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir khususnya penduduk Taman Guar Perahu.Moga bencana seperti ini tidak berulang lagi,dimana kerajaan negeri perlulah proaktif dalam menangani masalah sebegini pada masa hadapan.

Sirru Ala Barakatillah,

Daripada,
Abdul Malik Bin Jurit
Wakil Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh dan PAS Cawangan Taman Guar Perahu
Unit Pasca Banjir Pas Kawasan Permatang Pauh