Home Berita PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : Penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR)

768
SHARE

KENYATAAN AKHBAR

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (N39 KOTA DAMANSARA) BAGI SOALAN NO. 128 PADA 13 NOVEMBER 2017

Jawapan:
a) Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi baikpulih dan penyelenggaraan PPR DI Selangor dari tahun 2014-2017?

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) mula mengambilalih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kota Damansara daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Mei 2013. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM13,081,953.40.

Seterusnya PHSSB mula mengambilalih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kg. Baru Hicom daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 1 September 2014. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM5,196,191.66. Kos ini adalah tidak termasuk dengan kerja pembaikan yang dijalankan oleh LPHS.

Manakala bagi PPR Seri Kiambang, Serendah,  PHSSB mula mengambilalih pengurusan bangunan tersebut daripada LPHS  berkuatkuasa 1 Mac 2015. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM472,999.50. Kos ini adalah tidak termasuk dengan kerja pembaikan yang dijalankan oleh LPHS.

b) Nyatakan kategori baikpulih dan penyelenggaraan yang telah dibuat?

KERJA-KERJA BAIKPULIH

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) mula mengambilalih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kota Damansara daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Mei 2013. Di antara kerja baikpulih yang dijalankan oleh PHSSB adalah seperti berikut:

a) Membaikpulih dan menaiktaraf lif yang sebelum ini hanya satu unit lif sahaja berfungsi      di setiap blok dan kerap mengalami kerosakan
b) Membaikpulih “railing” koridor dan tangga yang hilang dan reput
c) Membuat kalibrasi ke atas sistem elektrik
d) Mengecat semula keseluruhan bangunan yang luntur
e) Menaiktaraf dan membina tempat letak motorsikal dan ditambah dengan lampu untuk      keselamatan
f)  Memasang CCTV
g) Memasang dan mengganti lampu koridor dan lampu tangga yang hilang dan rosak
h) Memasang dan mengganti pintu-pintu bilik sistem elektrikal yang rosak
i)  Pemasangan kabel bumi
j)  Pemasangan penangkap kilat
k) Membaikpulih pam dan tangki air yang bocor
l)  Membaikpulih sistem perpaipan dan “waterproofing”
m)Menaiktaraf padang permainan
n) Membina pagar untuk meningkatkan keselamatan penduduk
o) Pemasangan “barrier gate”
p) Menaiktaraf jalan dan tanda jalan
q) Menanam pokok dan menaiktaraf landskap untuk kehidupan yang lebih kondusif
r) Penggantian tong sampah domestik yang telah uzur
s) Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
t) Penggantian tingkap tangga dari tingakp “naco” kepada “casement”
u) Membaikpulih penutup longkang yang rosak
v) Membina landskap di laluan masuk PPR
w)Memasang “signage” PPR
x) Pemasangan tile di lobi lif

Seterusnya PHSSB mula mengambilalih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kg. Baru Hicom daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 1 September 2014. Di antara kerja baikpulih yang dijalankan oleh PHSSB adalah seperti berikut:

a) Membaikpulih dan menaiktaraf lif
b) Membaikpulih tangki yang bocor
c) Pemasangan “barrer gate”
d) Pendawaian semula kabel bumi
e) Pemasangan CCTV di dalam lif
f)  Memasang penutup longkang “concrete pre-cast” dan “iron railing”
g) Membaikpulih lampu jalan
h) Membaikpulih “pavement laying”
i)  Membaikpulih pagar di kawasan loji kumbahan
j)  Membaikpulih loji rawatan kumbahan (STP)
k) Membaikpulih taman permainan
l)  Menaiktaraf “line parking” untuk OKU
m)Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat

Bagi PPR Seri Kiambang, Serendah, PHSSB mula mengambilalih pengurusan bangunan tersebut daripada LPHS  berkuatkuasa 1 Mac 2015. Di antara kerja baikpulih yang telah dilaksanakan oleh PHSSB adalah seperti berikut:

a) Membaikpulih tangki dan rumah pam
b) Membaikpulih unit kosong
c) Membaikpulih pondok pengawal
d) Membaikpulih pagar masuk
e) Pembersihan dan menutup pintu dan tingkap bagi unit kosong

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Kerja-kerja  penyelenggaraan harian bangunan yang dijalankan oleh PHSSB di ketiga-tiga PPR ini adalah:

a) Menyelenggara sistem mekanikal dan elektrikal merangkumi lif, genset, pam dan tangki air, dan penyelenggaraan lampu kawasan guna sama

b) Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pencucian kawasan guna sama seperti di lobi, laluan koridor, di tangga,longkang dan tempat parkir serta menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput

c) Menjalankan kerja-kerja pengurusan sampah domestik dan pukal

d)Menjalankan kerja-kerja pengurusan keselamatan bangunan, harta awam dan penduduk PPR

e) Melaksanakan kerja-kerja sivil seperti menyelenggara “mainhole” dan menyelenggara sistem perpaipan yang mengalami kebocoran

f) Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan landskap

g) Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum seperti penggantian tombol, lampu, sinki tersumbat, “waterproofing” dan lain-lain

c) Nyatakan lokasi PPR yang menerima manfaat tersebut?

Lokasi PPR yang menerima manfaat tersebut yang diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah:

i)   PPR Kota Damansara, Seksyen 8, Petaling Jaya
ii)  PPR Kg. Baru Hicom, Sek. 26, Shah Alam
iii) PPR Seri Kiambang, Taman Tasik Teratai, Serendah

Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
10 November 2017