Home Artikel PAS Pulau Pinang

Bantuan Banjir : Bukti PAS Telah Bersedia!

289 views
SHARE

Bantuan banjir : Bukti PAS telah bersedia!

Pengalaman banjir kali ini adalah yang terburuk pernah dilalui rakyat di negeri Pulau Pinang. Banjir selut yang melanda kawasan Sungai Pinang dan sekitar Kampung Makam telah mengakibatkan kerugian ribuan ringgit bagi setiap rumah dan premis mangsa banjir.

Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) Kawasan Jelutong yang diketuai saudara Ahmad Zaki Osman telah berpusat di kawasan Jelutong. JAMPP telah mengambil tanggungjawab menjalankan proses pembersihan rumah mangsa sejak dari hari pertama bencana berlaku iaitu 4 November 2017 hingga 12 November 2017 dengan kekuatan kira-kira seramai 250 ke 300 orang termasuk sukarelawan. Manakala sesi bantuan dan sumbangan diketuai oleh Muslimat PAS Kawasan Jelutong dan turut disertai Ameerah dan GAMIS.

Hampir 100 lokasi yang terlibat dengan tragedi banjir lumpur ini telah ditangani melalui proses CNC (Clean n clear) dan penyampaian sumbangan kepada mangsa yang memerlukan. Diantara lokasi yang telah melalui proses cnc ini termasuklah Masjid Sheikh Eusoff Dobby Ghaut, Masjid Haji Kassim Kampung Makam, penempatan dan gerai di Kampung Makam, kediaman di sekitar Jalan P.Ramlee, kediaman di Kampung Selut, kediaman di sekitar Kampung Dodol, kediaman di sekitar Kampung Hashim Yahya, Langkawi Road, Gemas Road, Kebun Lama dan kediaman di sekitar Lilitan Stadium Bandaraya.

Selain itu menerusi NGO Khidmat Malaysia, inisiatif dapur rakyat dan klinik medan yang diketuai oleh PAPISMA telah dilaksanakan. Inisiatif dapur rakyat telah dijayakan pada 9 November di Kampung Makam dan 11 November 2017 di Kampung Hashim Yahya. Malah perkhidmatan ambulan juga turut disediakan bagi membantu mangsa yang memerlukan.

Tugasan ini juga turut mendapat bantuan dan sokongan dari Jabatan Amal Malaysia dari negeri seluruh Malaysia seperti negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan beberapa negeri lagi termasuk dari Kelantan. Malah sumbangan juga turut diterima dari orang perseorangan dan juga syarikat-syarikat tempatan. Malah kesediaan para ajk Masjid Hashim Yahya membenarkan premis mereka dijadikan pusat operasi banjir sepanjang sesi bantuan amat dihargai. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.

Sekian.
Disediakan oleh:
Asyrul F.
Ketua Penerangan
JPrD N30 DUN Sungai Pinang