KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PAS PERLIS SOKONG PELABURAN SYARIKAT RUAG HOLDING
PAS Perlis menyokong pelaburan Syarikat Ruag Holding dari Switzerland ke Perlis. Ruag Holding merupakan sebuah syarikat yang membangunkan teknologi aplikasi ketenteraan yang digunakan di lapangan udara, air dan darat.
Pembukaan kilang yang berteknologi tinggi di Perlis akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Perlis khasnya dan Malaysia amnya. Pelaburan ini bukan sahaja membantu ekonomi negeri dan rakyat, malah ia akan membantu perkembangan “knowledge transfer” dan “technology transfer” kepada rakyat negeri ini.
Dengan wujudnya institusi pendidikan tinggi di Perlis iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMaP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin akan dapat membantu membangunkan teknologi ini di negeri Perlis. Malah, Perlis berkemampuan menyalurkan tenaga mahir untuk keperluan industri tersebut kerana kewujudan institusi pendidikan tinggi berkenaan.
PAS Perlis mengalu-alukan tindakan kerajaan membantu membanggunkan ekonomi Perlis dengan memudahkan pelabur untuk datang ke Perlis. Tindakan kerajaan membahagikan pelaburan sektor teknologi ke negeri-negeri di Malaysia secara terancang adalah tindakan yang baik untuk perkembangan ekonomi rakyat Malaysia.
Semoga usaha baik ini memberi manfaat yang besar kepada rakyat.
DR. SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis,
06 Ogos 2019 | 3 Zulhijjah 1440H