Home Artikel PAS Pulau Pinang

Alam Ria PASTI serlah bakat generasi al-Quran

52 views
SHARE
BALIK PULAU: Alam Ria PASTI Kawasan Balik Pulau telah berlangsung dengan jayanya melibatkan 80 peserta di Sekolah Agama Ridwaniah, Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini kelmarin dahulu.
Majlis telah dirasmikan Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang, Zahareen Abdul Kadir dan turut dihadiri Pengerusi PASTI Balik Pulau, Razis Rahman yang bersama menyaksikan persembahan murid.
Menerusi penganjuran tahunan ini, ianya memupuk anak-anak dengan rasa cinta kepada budaya dan pengamalan Islam secara syumul, selain persaingan sihat dalam meraih kemenangan.
Zahareen dalam ucapannya membentangkan usaha PAS dalam pendidikan yang berkesinambungan dari PASTI ke SRITI dan SMITI di mana ia menjadi platform terbaik dan pilihan masa kini rakyat.
Sementara itu di KEPALA BATAS telah berlangsung Alam Ria PASTI Kawasan Kepala Batas yang menampilkan bakat cilik anak-anak PASTI pada majlis dilangsungkan di SRITI Fathul Arifin, di sini kelmarin.
Dari acara yang dipertandingkan iaitu nasyid, azan, khutbah, bercerita, pidato, kalam jamaie, sajak dan hafazan, PASTI Putra Ibnu Sina telah menggungguli majoriti acara untuk muncul johan.
Majlis perasmian penutup dan penyampai hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.