Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis lancar sumbangan Aidilfitri untuk pendidik

109
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 25 Apr: Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis melancarkan program Semarak Kasih Warga Pendidik khusus bagi meraikan para pendidik menjelang sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Pengerusinya Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, terdapat sebanyak lima kategori institusi pendidikan yang diuruskan oleh PAS Negeri Perlis meliputi PASTI, Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam dan institusi pendidikan tahfidz.

“Bagi meraikan para pendidik yang telah bertungkus-lumus menjayakan agenda pendidikan, pihak lajnah menyeru orang ramai termasuklah ibu bapa, murid dan alumni untuk bersama-sama menggerakkan amal kebajikan sempena Ramadan ini bagi menceriakan Syawal warga pendidik yang bernaung di bawah IPPPs (Institusi Pendidikan PAS Perlis).

“Orang ramai bolehlah menyumbang ke akaun BIMB bernombor 09010010009804 atas nama Al Madrasah Ad-Diniah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ustaz Asrul lagi, bukti sumbangan hendaklah dihantar menerusi e-mel ke alamat lajnahpendidikanpasperlis@gmail.com atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 0194170244 untuk tujuan rekod.