Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis Komited Bantu Pasukan Bola Sepak SUKMA

872
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

PAS PERLIS KOMITED BANTU PASUKAN BOLA SEPAK SUKMA PERLIS

1. Bola sepak merupakan sukan yang tidak asing lagi di negeri Perlis, malah sukan berkenaan pernah mencatatkan sejarah penuh gemilang yang mengharumkan nama negeri utara tanahair ini suatu ketika dahulu.

2. Melihat kepada perkembangan mutakhir yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), PAS Perlis turut merakamkan rasa sedih khususnya terhadap isu pasukan bola sepak SUKMA Negeri Perlis yang hampir gagal untuk menyertai SUKMA 2018 yang bakal berlangsung di Perak akibat kekurangan sumber kewangan.

3. Justeru, PAS Perlis berasa terpanggil untuk turut sama membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Pasukan Bola Sepak SUKMA Perlis yang dibarisi oleh anak jati negeri ini.

4. Menerusi Kelab Kebudayaan, Kesenian dan Kesukanan (DACs Perlis) yang bernaung dibawah Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs), PAS Perlis telah mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada penaja bersama Pasukan Bola Sepak SUKMA Perlis menerusi sumbangan sebanyak RM2000.

5. Besarlah harapan kami untuk melihat hubungan yang baik antara kedua pihak terus terjalin di samping menyeru seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira fahaman politik, untuk memberikan sokongan kepada PFA dan bola sepak di negeri ini demi melihat pasukan Singa Utara kembali cemerlang, gemilang dan terbilang.

6. PAS Perlis juga mendoakan kejayaan pasukan bola sepak yang akan menggalas cabaran negeri ini dalam SUKMA 2018 di Perak nanti.

Yang benar
USTAZ MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
3 September 2018| 22 Zulhijjah 1439H