Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis Kecam Insiden Bakar Kereta Rasmi Mufti Perlis

2679
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS
PAS PERLIS KECAM INSIDEN BAKAR KERETA RASMI MUFTI PERLIS

1. PAS Perlis mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang berlaku pada hari ini.

2. Perbuatan seperti ini amatlah melampau, berbahaya dan melanggari batas syariat Islam serta undang-undang negara.

3. Sehubungan dengan itu, PAS Perlis menggesa agar siasatan yang menyeluruh dibuat bagi memastikan pelaku perbuatan ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera. Semua pihak yang mempunyai maklumat digesa tampil memberikan kerjasama dengan sepenuhnya.

4. Selain itu, PAS Perlis juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak bomba atas tindakan pantas yang telah diambil sehingga berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

5. Ucapan takziah juga kami rakamkan kepada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atas musibah yang berlaku.

6. PAS Perlis tetap komited dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahteran (BPMS), justeru kami menyeru agar masyarakat turut bersama-sama menolak sebarang bentuk budaya ekstrem yang boleh menggugat kesejahteraan dan keamanan negara.

Yang Bertanggungjawab
YB MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
22 Mac 2019M / 15 Rejab 1440H