Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pencemaran Toksik: DMPM Ziarah Mangsa di Pasir Gudang

1122
SHARE

Pencemaran Toksik: DMPM Ziarah Mangsa di Pasir Gudang

PASIR GUDANG 22 Mac – Pusat Saringan Utama di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sudah ditutup semenjak Isnin yang lalu, namun Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) masih komited memberi bantuan semampunya melalui sumbangan orang ramai untuk rakyat Pasir Gudang. LKK DMPM juga sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Pagi tadi telah berlangsung program ziarah rumah mangsa di Kawasan yang terjejas. Kali ini, program ziarah mangsa dihadiri oleh pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) iaitu Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr. Rosni Adam dan Pengerusi Lajnah Hubungan NGO DMPM, Puan Kartini Ahmad. 

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah, Ustaz Dr. Hj. Zamri Mohd Zainuldin (Mantop) bekas calon PAS (DUN) Sungai Burong, Timbalan Pengerusi LKK PAS Johor merangkap Setiausaha Khidmat Malaysia Johor, Encik Abdul Aziz Abdullah, Puan Roslita Rohani selaku ahli jawatankuasa (AJK) LKK Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Johor serta diiringi oleh Jabatan Amal Negeri Johor dan Briged Muslimat Negeri Johor.

Sebanyak 2 buah rumah telah diziarahi dan sumbangan berupa wang tunai, keperluan dapur dan topeng muka juga telah disampaikan kepada mangsa-mangsa.