Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis adakan Pembentangan SOP KPP hadapi PRU-15

91
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 2 Jul: PAS Perlis hari ini menganjurkan Pembentangan SOP KPP sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Program berkenaan berlangsung di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan di sini.

Timbalan 1 Keselamatan PAS Pusat,Tuan Musa Saleh dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ruselee Eizan antara yang jemputan yang hadir pada program tersebut.

Program terbahagi kepada dua sesi iaitu pembentangan berkaitan modul KPP mengikut perincian yang jelas serta majlis penyerahan watikah lantikan dan serah tugas rasmi anggota KPP Perlis.

Program pada kali ini turut menyaksikan Abdullah Zakaria dilantik semula sebagai Pengarah Keselamatan Perlis.