Home Berita PAS Perlis

Bicara Pimpinan kupas isu-isu semasa

55
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 2 Jul: Program Bicara Pimpinan yang berlangsung di Kompleks PAS Padang Besar (KOMTAR) di sini semalam menjadi platform terbaik kepada para ahli PAS untuk mendapat maklumat berhubung isu-isu semasa politik tanah air.

Jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, senario politik yang sering berubah-ubah kadangkala mencetus kekeliruan, bukan sahaja dalam kalangan ahli bahkan juga kepimpinan.

Menurutnya lagi, sudah tiba masanya PAS memperbanyak siri penerangan kepada ahli bagi memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat yang tepat di samping mengelakkan berlakunya salah faham terhadap sesuatu isu.

“Justeru, PAS Kawasan Padang Besar mengambil inisiatif mengadakan program seumpama ini (Bicara Pimpinan) agar ahli berpeluang mendapat maklumat yang tepat secara langsung daripada kepimpinan parti yang dijemput.

“Alhamdulillah, pada malam ini, mereka yang hadir berpeluang mendengar sendiri penjelasan isu-isu semasa daripada Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli,” katanya ketika ditemui di sini.