Home Berita PAS Perlis

PASTI Al-Furqan ungguli Kejohanan Sukan PASTI Arau

146
SHARE

 

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 2 Jul: PASTI Al-Furqan Pauh Indah mengungguli Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Arau yang berlangsung hari ini.

Pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Pendidikan MADI di sini, pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI berkenaan muncul johan setelah menewaskan lawan masing-masing.

Pasukan bola sepak PASTI Al Furqan muncul juara setelah menewaskan pasukan daripada PASTI Darul Hikmah Jejawi Dalam manakala pasukan bola jaringnya pula menang tipis ke atas pencabar yang sama.

Dalam pada itu, PASTI berkenaan turut membawa pulang hadiah kontinjen terbaik kejohanan kali ini.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Nor Amrul Amri Chan.

Selain dua acara utama iaitu bola sepak dan bola jaring, turut dipertandingkan ialah acara tarik tali yang dimenangi oleh PASTI Al Mahmudiah Kampung Sena.

Kejohanan pada tahun ini merupakan pertama kali diadakan sejak negara dilanda wabak Covid-19 yang menyaksikan banyak acara PASTI terpaksa ditunda atau dilaksanakan secara maya.