Home Berita PAS Sabah

PAS Papar ziarah asnaf sakit

102
SHARE

Oleh: Natasya Samsure

PAPAR: Lajnah Kebajikan Muslimat Kawasan Papar telah turun padang menziarahi seorang asnaf yang sakit kanser rahim di Taman Kinarut Ria pada petang kelmarin.

Hadir dalam ziarah kali ini ialah Rosdiana Rala selaku Ketua Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Papar.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan telah diberikan kepada Puan Rosmawati yang akan menjalani kimoterapi di Hospital Likas tidak lama lagi.

“Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Papar akan terus memantau dan mengikut perkembangan kesihatan Puan Rosmawati dari semasa ke semasa,” ujar Rosdiana.

PAS Papar sentiasa prihatin dalam membantu golongan yann memerlukan. Semoga Allah angkat semua kesakitan sekali gus memberikan syifa dan kesembuhan kepada Puan Rosmawati,” tambahnya.