Home Kenyataan Media Presiden PAS

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

84
SHARE

PAS mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.

Namun PAS menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan.

Pada masa sama, PAS telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tarikh: 28 Safar 1443 / 6 Oktober 2021