Home Berita PAS Sabah

PAS Papar lancar markas, siaga hadapi PRN Sabah

979
SHARE

Oleh: Natasya Samsuree

25 Ogos 2020

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah mengadakan pelancaran Markas PAS N.29 DUN Pantai Manis di Pejabat PAS kawasan Papar di sini kelmarin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato’ Panglima Perang YB Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Daud, AJK PAS Pusat sekali gus menyampaikan sumbangan kepada 50 orang asnaf.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Nassuruddin menyeru kepada masyarakat supaya menghayati semangat Hijrah Rasul, berhijrah untuk memenangkan perjuangan Islam khususnya di Sabah.

Turut hadir dalam acara perasmian Abdul Hisham Othman, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sabah, Abdul Muein Mohd Noor, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Abd Salim Karim, Yang Dipertua PAS kawasan Papar, Ustaz Adsman Jupri, Penyelaras DUN Pantai Manis, AJK dan ahli PAS Papar serta masyarakat setempat.

Menurut Abd Salim, pelancaran markas dan bilik operasi N.29 DUN Pantai Manis membuktikan kesiapsiagaan PAS Papar untuk bertanding di DUN Pantai Manis pada PRN Sabah kali ini.

Tambahnya lagi, PAS Papar telah mengaktifkan jentera pilihan raya lebih awal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Selesai majlis perasmian dan penyerahan sumbangan kepada asnaf, Dato’ Panglima Perang YB Dato’ Haji Nassuruddin Daud dibawa melawat Markas PAS N.29 Dun Pantai Manis.