Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar – Pemuda Muafakat Nasional Sungai Besar Anjur Program Street Dakwah

911
SHARE

Satu program Street Dakwah anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar dan Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar di Pasar Jerami, Parit 14 Simpang 5, petang tadi.

Dengan penyertaan lebih dari 15 orang Pemuda Muafakat Nasional ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah edaran risalah bersempena Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan serta edaran bendera Jalur Gemilang kepada pengunjung dan penjual di sekitar Pasar Jerami.

Selain itu, tautan ukhuwah dan bertanya khabar juga adalah antara tujuan utama program ini dijalankan. Rata-rata pengunjung berasa gembira menerima Jalur Gemilang dan risalah edaran tadi.

Semoga semangat patriotik ini diteruskan lagi dengan kibaran Jalur Gemilang di rumah, premis kedai mahupun kenderaan masing-masing.

“Pemuda Bangkit Demi Islam”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

6 Muharram 1442H | 25 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#CintaWatanKasihPertiwi
#PemudaPAS
#PemudaUMNO
#PemudaSungaiBesar
#MuafakatNasionalSungaiBesar