Home Berita PAS Selangor

LAMAN Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Merdeka : Mengambil Semangat Leftenan Adnan – Sungai Ramal

990
SHARE

Kajang, Selangor | 25 Ogos 2020

Leftenan Adnan adalah satu nama besar bagi anak jati Kampung Sungai Ramal. Nama besar itu diabadikan di sebuah sekolah di kampung Sungai Ramal, iaitu Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Kampung Sungai Ramal, Kajang.

Sekolah tersebut mula dibuka untuk warga Sungai Ramal pada tahun 1915, dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Allahyarham Leftenan Adnan (Adnan bin Saidi) pernah bersekolah di situ. Selepas merdeka sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal, sebagai sebuah sekolah kerajaan menurut sistem pendidikan negara. Lama selepas itu, iaitu dalam tahun 1982, bagi mengabadikan nama beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Kekal nama itu sehingga sekarang.

Apa ertinya Leftenan Adnan dengan merdeka?

Ertinya sangat besar, iaitu sebuah semangat bermati-matian untuk mempertahankan tanah air tercinta. Berjuang sehingga ke tetesan darah terakhir demi mempertahankan tanah air, daripada diceroboh oleh bangsa asing. Sanggup menggadai nyawa demi ibu pertiwi.

Sesungguhnya ibu pertiwi ini adalah azimat bagi ummat Islam di Tanah Melayu. Ibu pertiwi ini juga adalah jatidiri ummat Melayu di Tanah Melayu. Ibu pertiwi ini pantang diserahkan kepada bangsa lahanat.

Biar putih tulang, jangan putih mata!

Leftenan Adnan mati dalam perjuangan. Mati di Bukit Candu, Singapura, tahun 1942, tatkala beliau mengetuai ketumbukan Askar Melayu menentang Emperial Jepun. Pasukannya diserang habis-habisan, berada dalam kepungan tentera Jepun berhari-harian, tanpa bantuan dan tanpa makanan. Apabila semua peluru sudah kehabisan, Leftenan Adnan berperang dengan kayu dan tangan.

Akhirnya beliau mati jua. Mati dalam keadaan mulia. Mati demi tanah air tercinta.

Kematian Leftenan Adnan dihina. Jasadnya digantung di dahan pokok, dibiarkan dalam keadaan kaki di atas kepala di bawah, lehernya dihiris-hiris perutnya dibelah, demi kepuasan hati si penjajah.

Namun, biar jasadmu dihina, semangat juangmu engkau tinggalkan untuk kami semua. Semangat untuk mempertahankan tanah air tercinta dan semangat untuk menjaga ibu pertiwi keramat.

Demi Allah, kami tidak sekali-kali akan berundur. Akan kami lawan para durjana negara. Akan kami tentang para pengkhianat bangsa. Akan kami perangi tali barut si celaka.

Sekali merdeka, selamanya merdeka.

Merdeka Malaysia!

AllahuAkbar!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor