Saranan Pemangku Raja Pahang, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah agar Mahkamah Syaria’ah diperkasakan setaraf dengan mahkamah sivil.
Sehubungan dengan itu kami dari PAS Pahang dengan ini menyokong penuh saranan tersebut dan pihak kami bersedia untuk sama-sama mengembelingkan tenaga untuk turut membantu dalam usaha tersebut, khususnya dari sudut memberikan penerangan.
PAS Pahang yakin saranan ini adalah kerana Tuanku mahu melihat bahawa Islam itu dimartabatkan sesuai dengan arahan Rasululllah saw agar ianya mesti diletakkan ditempat yang tertinggi mengatasi yang lainnya termasukkan dari sudut perundangan.
PAS Pahang mengharapkan dan sentiasa berdoa agar saranan Tuanku ini menjadi kenyataan dalam masa yang terhampir ini, agar tertegaknya keadilan dan kebijaksanaan hukuman yang diturunkan oleh Allah swt yang akan dilaksanakan melalui sistem kehakiman Mahkamah Syaria’ah.
PAS Pahang yakin bumi Pahang dibawah pemerintahan Tuanku pastinya dilimpahi oleh Allah swt dengan limpahan Rahmat dan Keberkatan apabila wahyu Ilahi ini menjadi sistem untuk mengadili manusia yang juga diciptakan oleh Allah swt.
Sesungguhnya tiadalah hukuman yang paling adil melainkan hukuman yang diturunkan oleh ‘Allah Yang Maha Adil’, kami yakin ini keyakinan Tuanku dan juga keyakinan kami serta seluruh rakyat Negeri Pahang yang beriman KepadaNya.
Maka sebubungan dengan itu kami menyokong penuh saranan Tuanku agar Mahkamah Syaria’ah mesti diperkasakan kerana hanya dengan cara itu sahaja hukuman Allah swt ini dapat dimartabatkan.
Semoga Tuanku sentiasa dibawah lindungan Alah swt dan diberikan petunjuk untuk memimpin rakyat Negeri Pahang dengan lebih baik dan sempurna, makmur dan berdaulat dipandu suluhan cahaya indah iaitu Islam yang diturunkan oleh Allah swt.
Allahuakbar.
YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG.
1 APRIL 2018
# PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG