Home Berita PAS Wilayah

YDP Batu Santuni Pengunjung, PAS Bersedia Bertanding P115 Batu

1228
SHARE

1 APRIL, Sentul – Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya hari ini telah menyantuni pengunjung sarapan pagi Gerai Pak Din dan sambil melakukan edaran mesej kempen di Pasar Sentul. Ketika menyantuni para pengunjung, beliau turut menyampaikan ucapan mengenai kesediaan PAS untuk bertanding di Parlimen Batu dalam PRU ke-14 yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Kehadiran Ustaz Azhar Yahya jelas menerima respon positif dari pengunjung sehinggakan ada di kalangan mereka memberikan infaq secara langsung kepada PAS Kawasan. Malah, ada juga yang memohon untuk menjadi ahli PAS di Kawasan Batu. Ini memberikan keyakinan kepada PAS untuk memenangi kerusi Parlimen Batu setelah sekian lama meninggalkan kerusi ini.

“Alhamdulillah, kita menerima infaq dan permohonan menjadi ahli PAS walaupun hasrat kita sekadar mengunjungi pengunjung di sini bagi menyampai mesej kesediaan PAS untuk bertanding. Respon positif yang kami terima dari penduduk sekitar memberikan harapan yang cerah kepada PAS di Parlimen Batu insyAllah,” ulas beliau selepas program ziarah pagi tadi. Malah, kesediaan PAS meletakkan calonnya di Parlimen Batu semakin terserlah diterima baik oleh masyarakat sekitar.

PAS Kawasan Batu telah memulakan aktiviti mengunjungi penduduk di sekitar Parlimen Batu sambil optimis tentang peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini. Hasrat murni ini turut dinyatakan Ustaz Azhar Yahya ketika ditemui.

“Kami serius bergerak menyampaikan mesej untuk “menghijaukan” Parlimen Batu dalam PRU ke-14 kelak,” kata beliau ketika ditemui pemberita. Beliau juga turut menegaskan kepada semua petugas supaya sentiasa bergerak menyebarkan mesej risalah perjuangan Islam yang diperjuangkan PAS kepada masyarakat setempat.

“Kita tiada medium yang hebat untuk menyampaikan mesej perjuangan Islam, manifesto Malaysia Sejahtera, Dokumen Hijau dan sebagainya. Program-program ziarah pengundi seperti ini walaupun ringkas, tetapi inilah salah satu medium terbaik mendekati masyarakat. Kami akan meneruskan agenda ini dan insyAllah masyarakat akan lebih yakin dengan PAS,” ujar beliau lagi.