Home Berita PAS Wilayah

HALWA Lembah Pantai Mula Langkah Kanan

997
SHARE

LEMBAH PANTAI, 31 Mac – HALWA PAS Kawasan Lembah Pantai memulakan langkah positif dengan kejayaan menganjurkan kelas membuat roti dan masakan kepada penduduk sekitar.

Program tersebut bermula seawal jam 9 pagi di Dewan Terbuka Blok C PPR Kerinchi dengan kehadiran peserta seramai hampir 20 orang.

Antara menu masakan yang diajar dalam kelas tersebut ialah cara membuat sardin, roti sardin dan memasak dodol.

Pihak program menjemput selaku tenaga pengajar berpengalaman yang banyak menganjurkan kelas masakan sebelum ini.

Beliau melahirkan rasa gembira dapat berkongsi ilmu kepada para peserta sekaligus membuka peluang masyarakat menjana kewangan dari rumah melalui medium masakan.

Selain itu, program ini turut dihadiri oleh pimpinan PAS Lembah Pantai, LAr Haji Fauzi Abu Bakar yang merupakan tokoh serta aktivis masyarakat.

Dalam program tersebut, beliau sempat memberikan ucapan sepatah dua kata kepada serta mengucapkan syabas kepada HALWA Lembah Pantai atas penganjuran program yang bermanfaat itu.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada penganjur dan peserta yang hadir pada hari ini.

“Kita melihat kemahiran ini mampu membantu para wanita memupuk kemahiran serta membuka medan penjanaan pendapatan yang lebih lumayan.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, program ini menepati hasrat PAS bagi menyelesaikan isu ekonomi negara dengan memanfaatkan medium-medium yang ada,” ujar beliau.

Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diberi dengan sebaiknya kelak.