Home Berita PAS Wilayah

Mini Karnival Meriah Bukti PAS Di Hati Rakyat

1176
SHARE

Oleh: NUSAIBAH IBRAHIM

TITIWANGSA- Bertemakan “Muslimat Memacu Kemenangan”, Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa (DMPKT) semakin progresif menghadapi detik-detik Pilihan Raya Umum ke 14.

Kelmarin, DMPKT dengan kerjasama PAS Zon Pandan telah menganjurkan Mini Karnival Zon Pandan di Surau PPR Hiliran Ampang dengan jayanya.

Program diadakan bertujuan untuk menjalin ukhuwwah silaturrahim bersama warga PPR Hiliran Ampang di samping menyantuni nasib rakyat yang kurang bernasib baik.

Turut hadir dalam karnival berkenaan ialah tokoh masyarakat Titiwangsa iaitu Ustaz Raihan Abdul Aziz, YDP PAS Titiwangsa, Tn. Hj. Khairul Anuar Abd Manap, dan Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, Puan Sharifah Rashidah Sayed Idrus.

Dalam ucapan perasmian, Ustaz Raihan mengulas berkenaan kesediaan PAS menjadi sebuah kerajaan yang mana hal ehwal kos sara hidup rakyat dan ekonomi negara menjadi fokus utama.

Jelas beliau,”Hari ini PAS anjurkan jualan murah barang-barang dapur buat kalian. Inilah gambaran bila PAS memerintah nanti. Tiada GST dikenakan pada barang-barang jualan.”

“PAS prihatin pada nasib rakyat. Sangat tidak wajar apabila golongan asnaf dibebankan dengan cukai. Islam larang pemimpin mengutip cukai daripada golongan miskin dan susah. Ini yang PAS perjuangkan selama ini”, ujar beliau.

Mini karnival sangat meriah serta mendapat sambutan yang mengujakan daripada warga penduduk sama ada kanak-kanak mahu pun dewasa, merentasi sempadan bangsa dan agama.

Antara acara yang dipadatkan dalam karnival tersebut ialah jualan barang-barang dapur pada harga RM 2, pemeriksaan kesihatan percuma, jumbo sale, cuci motor percuma, pertandingan menulis khat, mewarna, rebut gula-gula dan cabutan bertuah.