Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l Program Kembara PAS Teraju Pahang Kawasan Jerantut

976
SHARE

JERANTUT – Program Kembara PAS Teraju Pahang bagi Kawasan Jerantut. Konvoi motosikal dan lebih 20 buah 4×4 bermula dari Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Felda Jengka 24, Felda Jengka 13, Felda Jengka 8, Kg. Jerantut Feri, Pasar Malam Inderapura dan seterusnya tamat di Pasar Malam Pekan Damak pada jam 7.10 malam.

Risalah berupa Tawaran PAS Pahang jika diberikan mandat oleh rakyat dan stiker PAS Teraju Pahang diedarkan sepanjang kembara ini. Kira-kira jam 9.30 malam di perkarangan Plaza Tol Temerloh, YDP PAS Kawasan Jerantut menyerahkan Baton kepada TYDP PAS Kawasan Temerloh bagi menyambung kembara di kawasan mereka pula.

Pihak urusetia kembara mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli-ahli dan penyokong PAS yang menyertai kembara pada hari ini. Juga setinggi penghargaan kepada pihak PDRM khususnya pasukan trafik dan cawangan khas yang telah memberikan bantuan bagi melancarkan perjalanan kembara kami dari mula hingga akhirnya. Kembara yang diadakan ini adalah sebagai ‘warming up’ kepada program Fastaqim 2.3-Himpunan 12K yang akan diadakan di Perkarangan Kompleks Al-Makmur, Kerdau pada 20 Januari ini.