Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Pertemuan murni bersama OCPD Jerantut yang baharu

2320
SHARE

Jerantut, 15 Januari 2018 – PAS Kawasan Jerantut mengadakan kunjungan hormat kepada OCPD Jerantut yang baharu iaitu Supritendan Tuan Mazlan b. Hassan. Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan IPD Jerantut diketuai oleh Ust Yohanis Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Jerantut dan di sertai pimpinan tertinggi PAS Kawasan Jerantut.

Pertemuan muhibbah ini juga turut membincangkan kerjasama di antara PAS dengan pihak PDRM bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara.

Semoga Budaya Politik Matang dan Sejahtera terus menjadi pengamalan oleh semua ahli PAS.