Home Berita PAS Terengganu

Rakaman takziah buat keluarga Cikgu M Shukrimun Shamsudin dan jemputan solat jenazah Almarhumah

5099
SHARE

PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan ucapan takziah buat Cikgu M Shukrimun Shamsudin dan ahli keluarga atas kepulangan ke rahmatillah Almarhumah Puan Nurmaizan binti Hashim pada pagi Jumaat, 9 Mac 2018. Semoga Almarhumah dikurniakan keampunan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

Bagi pihak PAS Kawasan Kuala Nerus, seluruh ahli PAS merasai kehilangan seorang tokoh pimpinan muslimat yang berjiwa kental dan penyayang.

Semoga ahli keluarga bertabah dan sentiasa kuat untuk meneruskan kegigihan Almarhumah mewarnai perjuangan Islam di bumi ini.

InsyaAllah, solat jenazah Almarhumah akan disempurnakan pada malam ini, 9 Mac 2018 di Masjid Taqwa, Batu Enam sejurus selesai solat fardhu Isyak.

Mewakili pihak PAS Kawasan Kuala Nerus dan keluarga, dijemput semua menghadiri solat jenazah buat Almarhumah pada malam ini.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera Bersama Islam”

Y.B Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Kuala Nerus
9 Mac 2018