[SERUAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG]
Negara semakin huru-hara. Politik terus menggila. Matlamat menghalalkan cara
Ekonomi jadi cacamarba. Turun naik ikut suka. Gejala sosial berleluasa. Puak liberal bermaharajalela. Siapa pun boleh pertikai agama. Kebebasan bersuara hak asasi manusia. Kononnya ini musim menunjuk kuasa. Ketidakstabilan menjadikan semua orang berharga. Cuma siapa yang paling pandai membida.
Oleh itu teman, usah membuang masa. Mari bersama kita selamatkan negara dan anak bangsa. Usah biarkan masa depan dirosakkan oleh diktator muda atau tua. Politikus yang tamak kuasa dan haloba. Sanggup menjual prinsip demi kedudukan di Putrajaya.
Sungguh, tiada solusi selain kembali kepada agama. Islam adalah rahmat untuk semua. Menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Memerintah Kelantan sekian lama. Terengganu dan Kedah walau sepenggal cuma. Terbukti tiada rasuah dan penyelewengan kuasa. Semakin hari semakin ramai anak muda bersama. Walau pagi petang siang malam dicerca. Mungkin kini sudah tiba masanya. Sekalian rakyat celik hati dan buka mata.
Bersama PAS dan Gagasan Sejahtera, kita selamatkan tanah air Malaysia! Ayuh semua! Jom anak muda!
HIMPUNAN FASTAQIM 2.3
PAS TERAJU PAHANG
20 JAN 2018 SABTU
KOMPLEKS AL-MAKMUR
3.00PETANG – 12.00MALAM
UHD 180118
Permatang Badakl