Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap ziarah mangsa kebakaran Kampung Perik

167
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 9 Nov – Lajnah Alam Sekitar Dan Bencana, PAS Padang Terap melawat ke tempat kejadian musibah kebakaran di Kampung Perik, Ahad lalu.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.00 petang Sabtu lalu telah memusnahkan hampir keseluruhan kediaman Timbalan Imam Masjid Zahir, Sheikh Khairul Firdaus Abu Bakar.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan beliau dan keluarga tiada di rumah sewaktu kejadian.

“Dua buah kereta, sebuah motosikal dan dua buah basikal turut hangus dalam kebakaran

“Jumlah anggaran kerugian dalam kebakaran ini dianggarkan sebanyak RM600,000”, katanya yang juga Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Yang Dipertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berharap keluarga mangsa terus sabar dan tabah dengan dugaan yang berlaku.

“Moga Allah permudahkan segala urusan dan dan di kekuatan untuk terus tabah”, katanya.

Keluarga mangsa turut menzahirkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan Ydp serta lajnah Bencana dan Lajnah Kebajikan PAS Padang Terap.