Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap korban 13 ekor lembu

93
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – PAS Kawasan Padang Terap berjaya mengadakan program ibadah korban mengikut Dun baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berkata, sebanyak 6 ekor di Dun Pedu yang di ketuai YB. Mohd Radzi Md Amin dan tujuh ekor di Dun Kuala Nerang.

“Ibadah korban Dun Pedu diadakan pada hari raya pertama aidiladha di perkarangan Surau Al Mubarak,Kampung Masjid Lama,Naka.

“Manakala Dun Kuala Nerang di buat di Tenang Agro Farm Kampung Semeliang,Kuala Nerang pada raya ketiga bersama ADUN Kuala Nerang YB Hj Munir@Muhammad Yusoff Zakaria,” ujar Ustaz Azam.

Menurut Pengarah JPrD Pedu, Ustaz Mohammad Kossim, daging korban diagihkan kepada anak yatim dan muallaf seramai 60 orang, petugas seramai 40 orang dan seluruh cawangan di DUN Pedu.

Selain itu, 15 UDM pula diagihkan untuk 20 orang penerima di Dun Kuala Nerang.

Pihak PAS kawasan Padang merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah dan kepada penyumbang persendirian atas sumbangan lembu korban yang di berikan.

Turut hadir dalam program korban ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap Puan Sariah Salam, JPrD Pedu dan Kuala Nerang serta ahli Jawatankuasa UDM seluruh Padang Terap serta Ahli Jawatankuasa HALWA.