Home Berita PAS Pahang

Masyarakat India Semambu disantuni sempena Deepavali

166
SHARE

Oleh: KASDI KOSMIN

INDERA MAHKOTA, 1 Nov. :: Sempena menyambut hari perayaan Deepavali yang menjelang tiba tak berapa lama lagi, PAS Semambu telah menyantuni masyarakat India di sekitar kawasan ini kelmarin.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota, Ustaz Zulfadli Zakariah berkata, “Ini merupakan satu pendekatan bagi PAS Semambu untuk mendekati masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa, kaum dan warna kulit dalam melaksanakan tanggungjawab setelah menjadi sebahagian dari kerajaan.

“Kita berhasrat agar usaha ini menjadi pencetus kepada jalinan hubungan baik bersama mereka di samping mempereratkan lagi hubungan dengan mereka dalam konteks berdakwah,” kata Zulfadli lagi.

Selaras dengan peralihan Plan Pemulihan Negeri Pahang kepada fasa ke-4, ia memberi peluang kepada semua cawangan dan jentera parti untuk meneruskan program menyantuni masyarakat terutama anak-anak muda di sini kelak sejajar dengan kelayakan pengundi 18 tahun.

Sementara itu Ketua Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Mohd Rahimi Roslan berkata sebanyak 250 pek barangan yang mengandungi maruku, candy, manisan dan kad ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota, YB Andansura Rabu diedarkan kepada 250 buah rumah di cawangan Semambu, Bukit Setongkol, Bukti Sekilau, Indera Mahkota 1, PASDEC Makmur Indera Mahkota 2, Cenderawasih, Taman LKNP, Taman Impian serta Kampung Padang.

“Kita berharap bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada mereka, di samping dapat memberikan impak yang baik dari segi dakwah dan meningkatkan imej PAS Semambu di mata masyakarat.

“Sesungguhnya mengambil berat dan prihatin adalah merupakan agenda yang akan terus diberikan keutamaan. Usaha begini akan diteruskan pada siri-siri program Semambu Prihatin dan Cakna Rakyat,” tambah Rahimi lagi.

Manakala Pengerusi Pertubuhan India Prihatin Pahang, Kalawathi Mariappan yang turut hadir dalam program ini sangat berterima kasih dan memuji sikap Pemuda PAS di atas keprihatinan terhadap kesusahan penduduk.

Program ini turut disertai oleh Unit Amal Kawasan Indera Mahkota dan Ahli Jawatankuasa beberapa Cawangan PAS Semambu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::