Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan terus berkhidmat : MOSWAY di DUN Kota terima sumbangan barangan dapur

171
SHARE

OLEH: RUSILAH MD SOM

KOTA, 14 Ogos : 10 buah keluarga daripada golongan miskin, orang kurang Upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY) di DUN Kota menerima sumbangan barangan dapur, di sini, kelmarin.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS ( LKKP) Negeri Sembilan, Ishak Omar dan Ketua (LKKP) Dewan Muslimat Kawasan Rembau, Azamah Awang telah menyampaikan sumbangan kepada 10 buah keluarga pada ziarah kali ini, di DUN Kota.

“Usaha menyantuni golongan MOSWAY ini memang sering kami lakukan, di samping menyampaikan sumbangan kami juga sempat bertanya khabar dan serta cakna sebarang permasalahan yang mereka hadapi sekiranya memerlukan tindakan segera,” kata Ishak Omar semasa sesi ziarah tersebut.

Beliau yang juga Ketua LKKP Kawasan Rembau merasa bertanggungjawab menghulurkan sumbangan tersebut kerana sekurang-kurangnya sumbangan itu mampu meringankan beban perbelanjaan keluarga terutama di dalam keadaan situasi pandemik Covid-19.

Malahan Ishak Omar juga menyeru agar orang ramai dapat menghulurkan sumbangan ke akaun Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan, di nombor akaun 05030010109346, Bank Islam dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Ishak di talian 0123494041.