Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Permatang Pauh fokus kebajikan rakyat

39
SHARE

PERMATANG PAUH, 14 OGOS – Usaha membantu masyarakat setempat sentiasa menjadi fokus utama PAS Kawasan Permatang Pauh, apatah lagi di saat negara bergelut menangani pandemik Covid-19 yang meruncing.

Simpati dengan nasib sebuah keluarga yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal dalam satu kebakaran di Kg. Tanah Liat baru-baru ini, PAS Permatang Pauh yang diketuai Yang di-Pertuanya, Omar Hasan telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada mereka pada 12 Ogos lalu.

Semasa kunjungan ringkas tersebut, Omar turut menitipkan kata semangat buat mangsa yang merupakan bapa kepada empat anak, agar redha dan tabah dengan musibah ini.

Beliau juga mengingatkan agar mangsa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan pemberian yang lebih.

“Dengan keadaan mereka yang sehelai sepinggang, tambah menyedihkan, anak-anak ini juga masih terkesan dengan kehilangan ibu tercinta, yang telah menghadap Ilahi tahun sudah,” ujarnya lagi.

Omar turut berpesan kepada anak-anak ini supaya terus gigih belajar dan menganggap kejadian ini adalah ujian Allah untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Turut hadir memberi sokongan kepada keluarga ini adalah Timbalan Yang di-Pertua PAS Permatang Pauh, Amir Hamzah Abd Hashim, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh Ustazah Norhapiza Saad serta beberapa ahli jawatankuasa PAS setempat.

Terdahulu, dalam satu program kebajikan yang berasingan pada 9 Ogos, Omar turut menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada 31 peniaga kecil di Pasar Awam Seberang Jaya yang kehilangan sumber pendapatan.

Ia ekoran penutupan pasar ternabit bulan lalu selama 10 hari akibat kes jangkitan Covid-19

Prihatin dengan nasib peniaga yang terjejas pendapatan, beliau berharap sumbangan ini diharap dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana yang mencabar ini.

Omar juga mengharapkan para pimpinan Pakata Harapam yang menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan dengan memberi perhatian yang serius dalam menyelesaikan kebajikan rakyat di negeri ini.

Menyentuh berkenaan situasi politik negara,
beliau menempelak pihak- pihak yang mementingkan diri dengan berebut kuasa.

Justeru beliau menyeru pihak terbabit agar bersama-sama Kerajaan PN dalam usaha memulih dan menjayakan negara demi kesejahteraan rakyat.