Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan rakam ucapan takziah | Tragedi keracunan gas karbon monoksida

32
SHARE

PAS Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga petugas yang maut kerana keracunan gas monoksida.

PAS Negeri Sembilan turut berasa dukacita ke atas tragedi petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Port Dickson yang disahkan keracunan gas karbon monoksida di dalam kabin ambulans yang mereka naiki.

PAS Negeri Sembilan juga merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga seorang petugas barisan hadapan yang meninggal dunia pada hari Khamis, 22 Julai 2021.

Semuga ahli keluarga mendiang tabah dan sabar dengan kehilangan ahli keluarga yang telah berkorban nyawa demi melaksanakan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik covid 19.

Diharapkan tiga orang petugas kesihatan yang terlibat kembali pulih dan dapat meneruskan tugas murni ini.

Semoga semua petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus berkhidmat untuk negara sentiasa tabah dan diberi kekuatan.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah bersama-sama para petugas barisan hadapan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

HJ. RAFIEI B MUSTAPHA
PESURUHJAYA
PAS N. SEMBILAN
23 Julai 2021 | 14 Zulhijjah 1442