Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan jelajah kebajikan di Jelebu

28 views
SHARE

Oleh Faizah Yusof

KUALA PILAH : Encik Ishak bin Omar bersama rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan mengadakan siri jelajah kebajikan ke Jelebu semalam.

Misi kebajikan kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan wang dan keperluan dapur kepada asnaf di sana.

Pada mulanya, rombongan kebajikan menelusuri rumah saudara Safar Ehsan bin Mohamad di kediamannya di FELDA Lui Timur, Jelebu, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, saudara Safar mengalami kemalangan dan hilang sebelah kakinya, namun beliau tetap tabah meneruskan kehidupannya.

Puan Rohayati binti Md Din , Ketua LKK DMPNNS menyampaikan sumbangan wang dan keperluan dapur bagi meringankan beban beliau.

Seterusnya, empat lagi saudara asraf ditemui di sekitar kawasan tersebut dan turut menerima sumbangan barang keperluan dapur.

   

Turut hadir Puan Bibah bt Tumin, Ketua Muslimat Pas Jempol, Puan Noridah bt Sharif, Amalnita Kawasan Jempol, Encik Nordin, TYDP PAS Kawasan Jelebu beserta AJK LKK Kawasan Jelebu.

Bagi mereka yang mahu menyumbang untuk jelajah kebajikan PAS Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Encik Ishak bin Omar di talian 012-3494041.