Home Artikel PAS Pahang

PJ PAS Pahang ziarah Gopi

368 views
SHARE
Gopi menerima cenderahati daripada rombongan PAS Pahang

 

Keputusan bekas pemain sayap pasukan bolasepak  Pahang R.Gopinathan, 30, memeluk agama Islam setelah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam semalam, mengejutkan banyak pihak.

 

Serentak dengan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar serta timbalannya Andansura Rabu segera berkunjung menziarahi bintang bolasepak itu yang kini dikenali Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra di rumah neneknya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Tanah Putih, Kuantan hari ini.

 

Turut serta Pengerusi Assabiqun negeri Ismail Mohamad, Pengerusi Lajnah Hubungan Antara Kaum Wan Mahadir Wan Mahmud dan anggota Pusat Khidmat Dun Beserah.

 

Dalam pertemuan singkat itu Ustaz Rosli sempat menasihatkan Gopi yang kini bermain dengan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu agar mendalami agama Islam.

 

Gopi yang dalam percutian sekarang kelihatan begitu tenang dan bersemangat.

 

Gopi merupakan anak jati Pahang dan neneknya berasal dari Maran.

 

Beliau yang belum berkahwin, menyarung jersi Pahang pada  2010 – 2015 dan membantu skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia sekali dua kali pada 2013 dan 2014.