Oleh: Sharifah Ajil CPP Muar
MUAR : PAS Kawasan Muar semakin giat mendekati masyarakat setempat khususnya masyarakat desa di Dun Sungai Balang. Edaran risalah telah diadakan di pasar-pasar sehari untuk memberi info terkini dan penjelasan tawaran manifesto Gagasan Sejahtera.
Program diketuai YDP PAS Kawasan Muar Abd Aziz Talib dan NYDP Cheman Yusoh yang juga merupakan Penyelia PAR Dun Sungai Balang telah bersama-sama mengedarkan risalah kepada para pengunjung pasar sehari di Kampung Parit Bulat, Muar pada 10 April yang lalu.
Turut menjadi kunjungan edaran risalah adalah di pasar sehari Parit Yusof pada 11 April. Mesej dan respons positif dari para pengunjung diharap dapat memberikan pemahaman yang jelas tentang dasar yang dibawa oleh PAS dan Gagasan Sejahtera.
Sebelum ini, pelbagai program ziarah medik dan kebajikan ke sekitar Dun Sungai Balang telah berjalan secara rutin di setiap hujung minggu.