Home Setiausaha Agung PAS

PAS miliki banyak sumber kewangan

1,893 views
SHARE

Oleh : FUAD AHMAD

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa PAS memiliki banyak sumber kewangan.

Menurut beliau antara sumber kewangan PAS adalah yuran keahlian PAS.

Kata beliau, seorang ahli harus membayar yuran sama ada yuran sekaligus dengan membayar sebanyak RM100 atau membayar yuran secara bulanan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Menjelaskan serba lanjut, Takiyudin berkata, sumber lain bagi pendapatan PAS adalah yuran muktamar yang perlu dibayar oleh perwakilan bagi setiap kawasan.

Jelasnya lagi, setiap kawasan memiliki kuota bagi perwakilan.

Sementara katanya pertambahan 1000 orang ahli bagi setiap kawasan akan menambahkan bilangan perwakilan di muktamar.

Ujar beliau, pertambahan perwakilan menambahkan lagi pendapatan PAS.

Beliau menjelaskan bahawa sumbangan tanpa mengira siapa yang memberi asalkan sumbangan itu boleh disahkan ianya halal.

“PAS tidak pernah menerima sumbangan atau derma daripada Umno.

Kita tak pernah terima. Itu jelas. Kalau dia bagi pun kita tak akan ambik,” tegas beliau terhadap sebarang cubaan mengaitkan PAS terima duit Umno,” tegasnya lagi.

Kata beliau PAS tidak ada memberi apa-apa kepada sesiapa yang memberi sumbangan, jadi unsur rasuah atau penyalahgunaan dan sogokan tidak timbul.

Sila serahkan laporan anda kepada SPRM

“Apabila ada orang yang menuduh kita terima duit dari sana sini, kalau awak ada bukti mengatakan bahawa duit ini berunsur rasuah, sila serahkan laporan anda kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Kalau orang bagi duit kepada PAS dan tidak ada unsur rasuah, orang tu ikhlas bagi sungguh, itu bukan urusan anda untuk mempersoalkannya.

” Sama ada orang yang soal tu dengki dengan PAS kerana orang bagi duit ataupun dia ada motif yang tidak baik. Tapi kalau awak ada motif yang lain, awak kena buktikan la,” ujar beliau kepada pihak yang mempersoal pendapatan PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga mencabar mereka yang mengatakan PAS terima duit rasuah daripada sesiapa termasuk yang mengatakan bahawa PAS terima RM90 juta untuk membuat laporan kepada SPRM.

PAS sebelum ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low bahawa tiada pemimpin PAS yang disiasat oleh SPRM.

PAS ADA SATU JUTA AHLI

Secara matematiknya kata Takiyudin, jika setiap ahli PAS menyumbang RM35, maka PAS akan mendapat RM35 juta terang beliau terhadap mereka yang sangsi terhadap kewangan PAS .

“Ahli Parlimen PAS menyumbang sebanyak 20 peratus daripada elaun mereka. Kalau RM16000, (maka) RM4000 sebulan bagi kepada PAS. Begitu juga kepada wakil-wakil rakyat di negeri-negri. Kita diwajibkan menyumbang kepada PAS. Jadi, itulah duit PAS,” kata beliau

Beliau kemudiannya menerangkan bahawa tiada sesiapa yang dapat membuktikan bahawa PAS terima duit secara rasuah dan kes RM90 juta yang dibicarakan di London masih belum selesai.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat usaha untuk selesaikan kes di luar mahkamah namun PAS akan meneruskan saman tersebut.

“Ada sorang tu dia kata tunjuk akaun. Siapa awak untuk melihat akaun kami. Ianya sangat bersifat peribadi.

“Kita dulu beli bangunan PAS ini, duitnya duit ahli-ahli PAS. Mana kita pinjam. Ni semua duit ahli-ahli PAS,” ujar beliau terhadap isu akaun yang ditularkan baru-baru ini.

Sumber: Harakahdaily